Archive for the ‘Peralatan dan Bahan-Bahan Untuk Aksesori Kristal’ Category

Peralatan dan Bahan-Bahan Untuk Aksesori Kristal

March 4, 2009

Membuat aksesori daripada kristal harus mempunyai bahan loose atau bahan mentah dan alatan khas yang sesuai dalam proses pembikinannya. Set asas untuk membuat aksesori kristal ini ialah beginner harus ada 3 jenis set player iaitu cutter, long nose dan flat head. Bahan lain ialah tangsi biasa untuk menganyam, tangsi getah, stopper, cangkuk dan juga gunting.

Untuk yang ingin membuat aksesori yang menggunakan 14K wire suasa, mereka harus ada cangkuk suasa, wire suasa, ball suasa dan juga batu-batu kristal seperti yang diinginkan samada kristal swarovski, kristal kaca, gem stone dan sebagainya.

Bagi peringkat yang lebih tinggi, mahu menghasilkan aksesori anyaman dan membuat loop, harus mempunyai pelbagai jenis pin seperti eye pin, flat head pin, jump ring, beadend/cap, shell end, pelbagai jenis cangkuk atau hook.

Untuk menambahkan seri dan mencantikkan aksesori tersebut pula, penggunaan seperti divider dan separator adalah penting untuk membuatkan sesuatu aksesori itu tampak lebih anggun dan menarik, seterusnya boleh menambah nilai aksesori kristal tersebut.

Advertisements