Archive for the ‘Mutiara Asli’ Category

Mutiara Asli

April 13, 2009

Apabila disebut negeri Sabah atau negeri Dibawah Bayu yang terlintas difikiran mestilah tentang mutiara dan kristal. Tidak sah kalau pulang dengan tidak membawa balik aksesori buatan kristal dan mutiara ini…

Mutiara Asli pula terdiri daripada mutiara air masin dan mutiara air tawar. Mutiara air masin adalah mutiara yang original dikeluarkan daripada dalam tiram dari laut masin…manakala mutiara air tawar adalah mutiara original yang dikeluarkan daripada dalalam tiram yang diternak secara komersial didalam kolam-kolam atau pun sungai. Harga mutiara air tawar adalah lebih murah berbanding daripada mutiara air masin dan bentuknya pula tidak berbulat tepat.

Meh saya perkenalkan kepada anda rupa bentuk mutiara air tawar yang sememangnya famous dalam pembuatan aksesori di Sabah. Terdapat pelbagai jenis mutiara asli yang akan saya cuba perkenalkan pada anda iaitu mutiara beras, mutiara padi, mutiara potato dan mutiara corn..nama-nama mutiara ini diambil mengikut bentuk mutiara-mutiara tersebut…

mutiara aslimutiara aslimutiara asli

Mutiara asli ini sesuai untuk dijadikan rantai leher, gelang tangan, cincin, rantai cermin mata, tali jam tangan dan bermacam-macam aksesori lain lagi..Mutiara juga terdapat dalam perlbagai warna…ada warna putih, cream, pink, hitam kebiruan, hitam kehijauan dan unggu…

Advertisements