Kenali Kristal Anda

Di muka bumi ini, terdapat pelbagai jenis kristal yang boleh digunakan untuk dijadikan aksesori wanita. Antara kristal yang popular digunakan ialah seperti kristal kaca, kristal swarovski, kristal plastik dan juga kristal zircon. Setiap jenis batuan kristal ini mempunyai ciri-ciri khasnya yang tersendiri.

Kristal kaca adalah jenis kristal yang tahan lasak dan tidak mudah pecah jika terjatuh dan berkilauan. Ia selalu digunakan untuk membuat aksesori wanita dan harga yang diletakkan juga amat berpatutan. Kristal kaca boleh didapati dalam pelbagai size seperti bulat,bikon 10mm, 8mm, 6mm, 5mm dan 4mm.

Manakala kristal swarovski pula, adalah kristal berkualiti tinggi buatan Austria dan mempunyai kandungan plumbum yang tinggi membuatkan ianya sentiasa berkilauan. Nama swarovski diambil sempena nama penciptanya iaitu Danial Swarovski. Seperti kristal kaca juga, kristal swarovski ada dalam pelbagai size dan bentuk, contohnya bulat, bikon, bentuk air mata, bentuk donut, bentuk hati dan sidehole. Kristal ini lebih menarik dan menjadi pilihan wanita-wanita hari ini kerana bentuk dan rekaannya yang pelbagai.

Kristal lain pula adalah kristal zircon. Kristal ini digunakan secara meluas dalam pembuatan loket rantai dan kerongsang tetapi tidak ada salahnya kalau anda ingin membuat rantai atau gelang kristal. Potongan batu kristal zircon membuatkan loket atau kerongsang itu tampak berkilauan.

Kristal yang paling ringan dan paling murah harganya pula ialah kristal plastik. Sama seperti kristal-kristal yang lain tadi, kristal plastik juga boleh digunakan dalam pembikinan aksesori wanita seperti gelang kristal, rantai leher kristal , cincin kristal dan sebagainya.

Tags: , ,

One Response to “Kenali Kristal Anda”

  1. Tempahan Aksesori Kristal dan Mutiara - Anting-Anting, Rantai Leher, Gelang Tangan, Cincin, Rantai Kaki « Crystal2u Says:

    […] Crystal2u Kristal Swarovski dan Mutiara Asli terbaik pilihan anda « Kenali Kristal Anda […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: