Archive for March, 2009

Warna-Warna Kristal dan Bulan Kelahiran

March 21, 2009

Kristal Swarovski mempunyai pelbagai warna untuk penggemar kristal membuat pemilihan ketika menentukan warna aksesori. Warna-warna kristal swarovski ini boleh ditentukan dengan melihat kepada carta warna kristal swarovskiWarna-warna kristal ini mempunyai namanya yang tersendiri seperti topaz, light siam, opal, silk, olivine, ruby dan bermacam-macam warna lagi.

Selain itu warna-warna kristal swarovski ini juga dikaitkan dengan bulan kelahiran si pemakainya…Ini sekadar panduan, janganlah anda terlalu taksub dengan statement ini pula…Dibawah ini saya sediakan satu chart warna kristal mengikut bulan kelahiran..bolehlah anda lihat, warna kristal swarovski yang sesuai untuk anda…:) Ini salah satu panduan untuk anda menghilangkan sakit kepala untuk memikirkan seribu satu warna untuk dipadankan dengan anda…

birthstone chart

Tempahan Aksesori Kristal dan Mutiara – Anting-Anting, Rantai Leher, Gelang Tangan, Cincin, Rantai Kaki

March 15, 2009

Kristal swarovski dan mutiara memang cantik untuk dijadikan aksesori wanita seperti rantai leher,anting-anting, cincin, gelang tangan dan rantai kaki. Batuannya yang eksklusif menjadikan aksesori kristal dan mutiara ini tampak elegan dan mempunyai nilai yang tinggi.

Sejajar dengan itu, Yuri Collection.Com bersedia untuk mengambil tempahan aksesori kristal dan mutiara dengan harga yang amat berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja. Kristal yang akan digunakan adalah kristal swarovski keluaran Austria, manakala mutiara pula adalah mutiara asli air masin dan mutiara asli air tawar…Bergantung kepada anda.

Sila email saya untuk maklumat lanjut…yusrosniza@yahoo.com anda pasti dilayan…:)

gelang mutiara swarovskirantai leher kristal dan mutiara

Kenali Kristal Anda

March 4, 2009

Di muka bumi ini, terdapat pelbagai jenis kristal yang boleh digunakan untuk dijadikan aksesori wanita. Antara kristal yang popular digunakan ialah seperti kristal kaca, kristal swarovski, kristal plastik dan juga kristal zircon. Setiap jenis batuan kristal ini mempunyai ciri-ciri khasnya yang tersendiri.

Kristal kaca adalah jenis kristal yang tahan lasak dan tidak mudah pecah jika terjatuh dan berkilauan. Ia selalu digunakan untuk membuat aksesori wanita dan harga yang diletakkan juga amat berpatutan. Kristal kaca boleh didapati dalam pelbagai size seperti bulat,bikon 10mm, 8mm, 6mm, 5mm dan 4mm.

Manakala kristal swarovski pula, adalah kristal berkualiti tinggi buatan Austria dan mempunyai kandungan plumbum yang tinggi membuatkan ianya sentiasa berkilauan. Nama swarovski diambil sempena nama penciptanya iaitu Danial Swarovski. Seperti kristal kaca juga, kristal swarovski ada dalam pelbagai size dan bentuk, contohnya bulat, bikon, bentuk air mata, bentuk donut, bentuk hati dan sidehole. Kristal ini lebih menarik dan menjadi pilihan wanita-wanita hari ini kerana bentuk dan rekaannya yang pelbagai.

Kristal lain pula adalah kristal zircon. Kristal ini digunakan secara meluas dalam pembuatan loket rantai dan kerongsang tetapi tidak ada salahnya kalau anda ingin membuat rantai atau gelang kristal. Potongan batu kristal zircon membuatkan loket atau kerongsang itu tampak berkilauan.

Kristal yang paling ringan dan paling murah harganya pula ialah kristal plastik. Sama seperti kristal-kristal yang lain tadi, kristal plastik juga boleh digunakan dalam pembikinan aksesori wanita seperti gelang kristal, rantai leher kristal , cincin kristal dan sebagainya.