Melayu Boleh Collection

May 5, 2009

Melayu Boleh merupakan salah satu kata kunci untuk Cabaran SEO Melayu Boleh 2009 yang dianjurkan oleh forum Jombincang. Sambutan amat menggalakkan apabila hampir 50 orang menyertai pertandingan seo melayu boleh ini. Rata-rata yang bertanding semuanya hebat-hebat belaka, dengan membekalkan ilmu seo yang ada.. sudah semestinya ianya akan menjadi pertandingan yang cukup sengit dan menarik apabila adegan potong memotong akan berlaku di last-last minute..🙂

Tapi kenapa kata kunci melayu boleh menjadi pilihan untuk cabaran kali ini? Apa yang ada dengan kata kunci melayu boleh ni? Menarikkah kata kunci melayu boleh ini? Tinggi ke permintaan untuk kata kunci melayu boleh ini? atau, fahamkah anda akan makna melayu boleh ini? sama-samalah kita renung-renungkan..🙂 atau anda boleh cuba search sendiri dengan kata kunci melayu boleh ini di google atau mana-mana engine carian lain.. segala result yang keluar adalah tanggungjawab anda sendiri..hehe

Hakikatnya kata kunci melayu boleh kini menghidangkan maklumat-maklumat yang sangat tidak elok (berunsur lucah), malah kata kunci inilah yang sentiasa mendapat nilai carian yang tinggi setiap hari.. Sudah semestinya “melayu boleh” ini dicari oleh anak-anak muda kita ni.. Bagaimana fenomena ini boleh berlaku? Penulis sendiri pun tak pasti.. tapi fenomena inilah yang akan menjatuhkan maruah bangsa melayu kita ini.. apa taknya apabila gambar-gambar perempuan melayu dihidangkan di engine carian dengan aksi-aksi mereka yang terlampau, kadang-kadang tanpa seluar mahupun baju..

Maka dengan inilah cabaran seo diadakan bagi menghilangkan site-site yang sedia ada supaya tidak tersenarai di page depan engine carian untuk kata kunci melayu boleh. Malah akan digantikan dengan site-site para peserta pertandingan melayu boleh ini dengan menghidangkan maklumat-maklumat yang berfaedah dan lebih membawa makna melayu boleh yang sebenarnya seperti kisah-kisah kejayaan anak melayu di dalam dan luar negara. inilah yang boleh kita harapkan..

Semoga peserta-peserta melayu boleh ini lebih bersemangat untuk memartabatkan lagi bangsa melayu ini dengan mengisi info-info yang berguna di site masing-masing..kerana hadiah yang lumayan menanti para peserta semua.. jadi buatlah yang terbaik..
good luck semua.

Mutiara Asli

April 13, 2009

Apabila disebut negeri Sabah atau negeri Dibawah Bayu yang terlintas difikiran mestilah tentang mutiara dan kristal. Tidak sah kalau pulang dengan tidak membawa balik aksesori buatan kristal dan mutiara ini…

Mutiara Asli pula terdiri daripada mutiara air masin dan mutiara air tawar. Mutiara air masin adalah mutiara yang original dikeluarkan daripada dalam tiram dari laut masin…manakala mutiara air tawar adalah mutiara original yang dikeluarkan daripada dalalam tiram yang diternak secara komersial didalam kolam-kolam atau pun sungai. Harga mutiara air tawar adalah lebih murah berbanding daripada mutiara air masin dan bentuknya pula tidak berbulat tepat.

Meh saya perkenalkan kepada anda rupa bentuk mutiara air tawar yang sememangnya famous dalam pembuatan aksesori di Sabah. Terdapat pelbagai jenis mutiara asli yang akan saya cuba perkenalkan pada anda iaitu mutiara beras, mutiara padi, mutiara potato dan mutiara corn..nama-nama mutiara ini diambil mengikut bentuk mutiara-mutiara tersebut…

mutiara aslimutiara aslimutiara asli

Mutiara asli ini sesuai untuk dijadikan rantai leher, gelang tangan, cincin, rantai cermin mata, tali jam tangan dan bermacam-macam aksesori lain lagi..Mutiara juga terdapat dalam perlbagai warna…ada warna putih, cream, pink, hitam kebiruan, hitam kehijauan dan unggu…

Warna-Warna Kristal dan Bulan Kelahiran

March 21, 2009

Kristal Swarovski mempunyai pelbagai warna untuk penggemar kristal membuat pemilihan ketika menentukan warna aksesori. Warna-warna kristal swarovski ini boleh ditentukan dengan melihat kepada carta warna kristal swarovskiWarna-warna kristal ini mempunyai namanya yang tersendiri seperti topaz, light siam, opal, silk, olivine, ruby dan bermacam-macam warna lagi.

Selain itu warna-warna kristal swarovski ini juga dikaitkan dengan bulan kelahiran si pemakainya…Ini sekadar panduan, janganlah anda terlalu taksub dengan statement ini pula…Dibawah ini saya sediakan satu chart warna kristal mengikut bulan kelahiran..bolehlah anda lihat, warna kristal swarovski yang sesuai untuk anda…:) Ini salah satu panduan untuk anda menghilangkan sakit kepala untuk memikirkan seribu satu warna untuk dipadankan dengan anda…

birthstone chart